Sunday 24 February 2013

lapan : tentang hati

setiap kali berpergian , setia itu juga gua tak ada rasa mahu pulang.

ah...mungkin silap gua juga, tak tinggalkan separuh hati sebelum tinggalkan kampung.

Wednesday 20 February 2013

tujuh : tentang kecewa

sebenarnya gua mahu cerita pasal frust. frust itu kira macam kecewa jugaklah kan? gua bukan mahir bahasa omputeh, selalu ponteng mengaji B.I dari kecik.

dewasa ini, gua lihat manusia menjawab hal frustration dengan acara bunuh diri. mungkin acara bunuh diri ini sahaja yang mereka lihat tak perlukan modal memandangkan kebanyakan kerja minta khidmat nasihat perlukan kertas bernilai sebagai ganti.

kebanyakan mereka si frust yang tekad membunuh diri cuma ada satu poin penyebab mereka pilih untuk bunuh diri. dan gua rasa itu sangat berbaloi. gua ada cadangan yang gua kira molek kita fikirkan bersama. berikut adalah cadangan gua :

hanya setelah, perkara-perkara berikut :

anda kena pecat akibat kesalahan yang bukan anda lakukan, dalam ertikata lain anda difitnah

mak pak adik beradik anda mati serentak dalam kebakaran dan anda bergegas untuk pulang

dan dalam pada itu anda baru mendapat tahu pakwe/makwe anda selingkuh sama kawan baik anda

dan anda dihalau dari rumah sewa akibat tuan rumah nak bagi bakal anak menantu dia pakai rumah itu

dan tiba tiba datang 3 brader untuk menarik kereta anda walaupun jenuh anda kabor yang anda baru 2 bulan tak bayar duit kereta

anda diludah oleh seluruh jiran anda termasuk yang tadika sebaik anda keluar dari rumah yang anda sewa tadi

kawan kawan baik anda semuanya tak berminat untuk bagi anda tumpang tidur di rumah mereka ataupun menumpangkan anda pulang ke kampung

bateri talipon pintar anda kong

anda tiada syiling untuk menggunakan talipon awam yang mana kalaupun anda ada syiling pun belum tentu boleh digunapakai

anda diragut di bus stand setelah anda tak dapat menggunakan talipon awam di seberang jalan

dan itu jam hujan lebat petir berdentum sampai anda yg duduk bawah bus stand berbumbung pun buleh basah lencun

ok. ok. hanya sekiranya semua perkara ini benar-benar terjadi dalam satu masa, mungkin kita boleh buka meja rundingan untuk membunuh diri .

boleh?

itupun kalu anda pasti anda takkan jadi hantu setelah membunuh diri.

Thursday 7 February 2013

enam : tentang mahu

sampai satu hari, kita ditemukan dengan apa yang kita mahu selama ini. gembira.

lalu baru kita sedar kita belum pernah layak untuk apa yang kita mahu. beredar?

Tuesday 5 February 2013

lima : perempuan, Heroin, kawan, perangkap, mak dan kasih sayang.

ini bukan cerita pasal Amal Hamsan tokey buku Heroin yang khabarnya sudah masuk tiga kali cetakan. Amal Hamsan kurang satu elemen dalam tajuk di atas.

ini cerita Tim, mari dari Australia. Tim apa ntah nama penuh dia. cerita bermula dengan flashback dia seorang yang kaki kembara. bila dia dah sampai ke satu negara ni, dia terus extremely jatuh cinta dan menjadi guru bahasa inggeris untuk mempateri diri dia di tanah itu.

malangnya, dia belum cukup kental. belum cukup mantap pertahanan diri, dia mula mengukur jejak ke kelab malam setiap hari. walhal gaji dia memang tak padan nak berfoya-foya setiap hari.

bila poket sudah nipis, dia mula kucar kacir. terjumpa pula dengan Bradley. bila poket nipis ni, kita kengkadang memang mudah buat perkara luar akal waras.

Tim mula bikin kerja seludup menyeludup. biasalah, kali pertama debor tak patut. masuk kali kedua, dia mula stedi. dari hal menyeludup perempuan, dia sudah mula pergi jauh. seludup heroin pula.

kali ni dia debor kemain. kalu seludup perempuan, buleh lagi nak ajak perempuan tu berlakon depan pegawai . ni kalu dah nama Heroin, nak suruh Heroin tu berlakon jadi menda? serbuk kari?

tapi entah syaitan mana meresap ke dalam badan dia itu jam, dia bikin jugak kerja tu walaupun dia sangat tak konpiden misi tu akan menjadi.

diringkaskan cerita, dia punya plan tak menjadi. kena tahan di lapangan terbang. pegawai dari agensi dadah siap mari dengan reporter bagai. itu jam dia hanya terkenangkan mak pak dia di Australia sana. mustahillah mak pak dia tak rasa menda bila nampak anak depa masuk suratkhabr masuk tv dengan 10.5 kg Heroin siap berbungkus elok.

Tim dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di negara itu. satu hari tengah sedap mandi air kolah, member satu penjara kabor yang ini semua kerja Bradley dari mula. Memang itu perangkap.

Tim terkedu. untuk meraikan keterkeduannya itu, dia ambil keputusan untuk jadi penagih Heroin pulak. Karma katanya.
"dulu ko jual heroin, sekarang ko ketagih Heroin". dari mana dapat stok? dengan adanya element of extremely corrupt, semuanya buleh jadi.

sampai satu hari, dia dapat tahu yang dia positif HIV. itu jam dia extremely terkedu. hilang arah paling jauh seumur hidup.

tapi dia bersyukur amat, jauh dari Australia sana mak dia mari  melawat anak dia ini. itu jam, dia hanya mampu menangis. mak dia satu pin pun tak hina dia. semua yang keluar dari mak dia hanya ayat kasih sayang. ayat sokongan. macam mak dia dah gamkan mulut dia dari menyebut kesalahan anak dia itu.

mulai dari saat itu, dia bangkit. dia tak mahu mati sia-sia dalam penjara. mak dia kat Australia sana tak henti usaha supaya anak dia dapat pengampunan Agung. tak henti tulis surat ke anak dia.
"mak nak engko keluar hidup-hidup dari penjara tu"

duabelastahun hidup bawah terik.matahari penjara, Tim akhirnya bebas. atas poin perubatan. lain macam dia punya gembira bila dapat rasa terik matahari luar dari tembok penjara.

"it's extremely lucky I got to live again" macam tu lah kurang lebih dia punya syukur bila dah lepas bebas dan berkahwin dengan Angie.

dan satu menda yang dia kesal ialah bila dia tak lari dari jalan gelap bila dia ada peluang dan sengaja buat buat tak nampak peluang itu.

kenapa gua cerita hal Tim ni ?
mudah.
kalu dah nama mak, tahi mana pun lu orang selaku anak, dia akan selalu nampak lu wangi. dia takkan beri izin untuk lu orang terus jadi tahi.
sama ada dia tunjuk ke dak, itu ikut dia punya stail.





empat : tentang Taichi

" lawan , gunakan siku bila dekat. gunakan tangan bila jauh "

tiga : syaitan

" manalah syaitan tak berumah tangga kat salur darah engko. engko solat pun tunggang langgang.mengaji jangan cakaplah. sebelah tangan pun tak lepas dalam sebulan "

Sunday 3 February 2013

Friday 1 February 2013

satu : mula!

perkara nak membina semula komitmen dengan arena blog ni bukan main-main punya hal. makan berminggu juga aku memikirkan berapa jauh kemahuan mahu berkomitmen sebegini macam masa dahulu. makan beratus juga duit poket sampai ke Kelantan sana memikirkan hal yang sebenarnya tidak rumit langsung bagi sesetengah daripada kalian.

 setelah mengeluarkan otak dan merendam dalam cecair clorox bercampur air paip yang sudah tidak berkarat, lalu terus diletakkan semula di dalam tempurung kepala ini tanpa lupa menyembur haruman sitrus dengan nawaitu supaya kesegaran kekal lama... maka ini hasilnya.

  "cerita tidak menarik"

 aku kira ada moleknya aku bagi peringatan terlebih dahulu. bila aku khabarkan 'cerita tidak menarik' , itu bermakna memang betul-betul tidak menarik. tidak menarik yang jatuh ke tahap ekstrem punya tidak menarik.

 jadi, sekali kalian telah sampai ke sini lalu berlaku perubahan emosi dari ceria ke muram duka, dari matahari ke mendung, itu adalah atas tanggungjawab kalian tuan punya diri. jangan gigih nak komplen ke aku. kahkahkah.



 ok. patutlah rasa lain macam, gua pakai 'aku' rupanya.