Sunday 7 July 2013

empatbelas : sebelum aku lupa #sebelum 1

ummi .

terus terang aku cakap, aku selalu lebih kagum pada abi daripada ummi. tapi itu dulu, ummi mula aku pandang lebih tinggi daripada abi selepas doktor sahkan ummi menghidap barah payudara, 'pentas' ke dua.

dan setiap kali ada yang kata ummi itu pesakit kanser, aku sebolehnya akan pintas istilah pesakit itu.

"bukan pesakit kanser, cancer warrior! yeaaahh!!! "

barulah nampak secara tak langsung kita bagi support pada dia.

dan sampai datang satu hari, sedang aku dan ummi tunggu turn untuk 'date' dengan doktor aku dengan bersahaja ...

"ummi, nanti kalau ummi dah sihat, dah takda kanser-kanser ni, ana nak tulis cerita pasal kita. pasal kanser ni."

ummi toleh , senyum.

Friday 5 July 2013

tiga belas : sebelum aku lupa #1

Doktor bagi aku dua pilihan.

Satu : pujuk Ummi untuk terus jalankan kimoterapi, dan pihak hospital akan bantu Ummi untuk mudah bernafas.

Dua : do nothing, terus pujuk Ummi say no to the next entah berapa cycle punya kimoterapi and pihak hospital juga tak dapat bantu Ummi untuk terus bernafas.

Pilihan satu nampak mudah. Aku akan ada masa lebih panjang dengan Ummi. Ummi dapat terus bernyawa tapi hidup belum pasti. Dengan bergantung pada mesin yang aku panggil mesin hayat, agak-agak boleh ke Ummi makan cendol tepi jalan dengan riang gembira?

Pilihan dua? Masa Ummi makin singkat. Entah esok lusa dah tiba masa Ummi tinggalkan semua. Macam aku dah cukup sedia pulak nak hadap saat itu. Tak! Aku memang tak sedia. Sikit pun belum sedia. Dengan menolak untuk kimoterapi memang Ummi tak suffer, cukuplah aku hadam macam mana Ummi cuba sedaya upaya cover macam mana dia suffer dengan kimoterapi sebelum ini.

Tuesday 2 July 2013

duabelas : tentang lupa


sebelum ingatan aku tentang hal paling besar yang pernah jadi dalam hidup semakin hilang perlahan-lahan, mungkin sudah tiba masa aku pahatkan disini, selepas ini.

Thursday 14 March 2013

sebelas : tentang mahu

hidup tanpa kemahuan hanya menjadikan kau ....
ah, cuba kau beritahu aku hidupan apa yang tidak punya kemahuan?
sedangkan yang dibawah tanah itu selalu saja merintih mohon belas dari Tuhan untuk dihidupkan semula.

Wednesday 13 March 2013

sepuluh : tentang pilihan

aku tak peduli sama ada kamu datang dengan nama Ravi atau Khoo, Selvi atau Ying asalkan kau satu syahadah dengan aku, aku sudah tak punya alasan kukuh untuk tak duduk semeja dengan kamu. Asalkan kamu punya hati yang wangi.

Malah, kalaupun nama kamu Josh, Mahendran, Pay Hoon, atau Swee Ling yang masih dengan cara sembahyang kamu, itu juga bukan alasan untuk kita tak duduk semeja. Asalkan kamu punya hati yang wangi.

Tapi jika nama kamu Nazri, atau mungkin Jamilah, atau mungkin Mashitah, atau mungkin Jamil, selagi setiap hela nafas kamu berbau busuk, setiap lisan kamu berkitabkan hasad,
Aku mungkin ambil masa yang lama, sangat lama untuk mahu makan semeja, sedulang dengan kamu.