Thursday, 14 March 2013

sebelas : tentang mahu

hidup tanpa kemahuan hanya menjadikan kau ....
ah, cuba kau beritahu aku hidupan apa yang tidak punya kemahuan?
sedangkan yang dibawah tanah itu selalu saja merintih mohon belas dari Tuhan untuk dihidupkan semula.

Wednesday, 13 March 2013

sepuluh : tentang pilihan

aku tak peduli sama ada kamu datang dengan nama Ravi atau Khoo, Selvi atau Ying asalkan kau satu syahadah dengan aku, aku sudah tak punya alasan kukuh untuk tak duduk semeja dengan kamu. Asalkan kamu punya hati yang wangi.

Malah, kalaupun nama kamu Josh, Mahendran, Pay Hoon, atau Swee Ling yang masih dengan cara sembahyang kamu, itu juga bukan alasan untuk kita tak duduk semeja. Asalkan kamu punya hati yang wangi.

Tapi jika nama kamu Nazri, atau mungkin Jamilah, atau mungkin Mashitah, atau mungkin Jamil, selagi setiap hela nafas kamu berbau busuk, setiap lisan kamu berkitabkan hasad,
Aku mungkin ambil masa yang lama, sangat lama untuk mahu makan semeja, sedulang dengan kamu.

Sunday, 3 March 2013

sembilan : tentang rasa

mengenang kalian itu
gampang
tiap detik aku lakukan tanpa lelah

tapi kalian juga tahu kan
mengenang kalian itu
buat aku terus kangen

buat aku sakit
sakit yang takkan pernah terubat

"sebuah cinta dan harapan
menjadi debu berterbangan
tersekat nafasku
kabur pandangan mata
amat tersiksa jiwa
kerna kehilanganmu"

Sunday, 24 February 2013

lapan : tentang hati

setiap kali berpergian , setia itu juga gua tak ada rasa mahu pulang.

ah...mungkin silap gua juga, tak tinggalkan separuh hati sebelum tinggalkan kampung.

Wednesday, 20 February 2013

tujuh : tentang kecewa

sebenarnya gua mahu cerita pasal frust. frust itu kira macam kecewa jugaklah kan? gua bukan mahir bahasa omputeh, selalu ponteng mengaji B.I dari kecik.

dewasa ini, gua lihat manusia menjawab hal frustration dengan acara bunuh diri. mungkin acara bunuh diri ini sahaja yang mereka lihat tak perlukan modal memandangkan kebanyakan kerja minta khidmat nasihat perlukan kertas bernilai sebagai ganti.

kebanyakan mereka si frust yang tekad membunuh diri cuma ada satu poin penyebab mereka pilih untuk bunuh diri. dan gua rasa itu sangat berbaloi. gua ada cadangan yang gua kira molek kita fikirkan bersama. berikut adalah cadangan gua :

hanya setelah, perkara-perkara berikut :

anda kena pecat akibat kesalahan yang bukan anda lakukan, dalam ertikata lain anda difitnah

mak pak adik beradik anda mati serentak dalam kebakaran dan anda bergegas untuk pulang

dan dalam pada itu anda baru mendapat tahu pakwe/makwe anda selingkuh sama kawan baik anda

dan anda dihalau dari rumah sewa akibat tuan rumah nak bagi bakal anak menantu dia pakai rumah itu

dan tiba tiba datang 3 brader untuk menarik kereta anda walaupun jenuh anda kabor yang anda baru 2 bulan tak bayar duit kereta

anda diludah oleh seluruh jiran anda termasuk yang tadika sebaik anda keluar dari rumah yang anda sewa tadi

kawan kawan baik anda semuanya tak berminat untuk bagi anda tumpang tidur di rumah mereka ataupun menumpangkan anda pulang ke kampung

bateri talipon pintar anda kong

anda tiada syiling untuk menggunakan talipon awam yang mana kalaupun anda ada syiling pun belum tentu boleh digunapakai

anda diragut di bus stand setelah anda tak dapat menggunakan talipon awam di seberang jalan

dan itu jam hujan lebat petir berdentum sampai anda yg duduk bawah bus stand berbumbung pun buleh basah lencun

ok. ok. hanya sekiranya semua perkara ini benar-benar terjadi dalam satu masa, mungkin kita boleh buka meja rundingan untuk membunuh diri .

boleh?

itupun kalu anda pasti anda takkan jadi hantu setelah membunuh diri.